Profile Gereja

Bermula pada 1952

rotestant Church in Sabah (PCS) bermula dengan pelayanan Basel Mission dalam kalangan suku Momogun Rungus di Kudat pada tahun 1952. Pada masa itu gereja BCCM yang dikenali sebagai Gereja Cina Basel Fui sudah lebih awal bertapak di Sabah, khususnya di daerah Kudat yang dimulakan oleh masyarakat Kristian Cina Hakha yang sudah menetap di Sabah sejak migrasi pertama pada tahun 1880.  Basel Mission menghantar Pdt. Hanz Beinz sebagai missionari untuk membantu pelayanan Basel Fui pada tahun 1950. Kedatangan Pdt. Hanz Beinz merupakan permulaan pelayanan kepada suku-suku bumiputera di utara Sabah. Dalam tempoh masa yang agak panjang, memandangkan suku Momogun Rungus masih jauh ketinggalan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan di samping memerlukan bimbingan awal kerana kebanyakannya masih lagi mengamalkan kepercayaan lama, Basel Mission berpendapat bahawa perlunya sebuah gereja khusus yang melayani suku Momogun Rungus. Maka, PCS ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1966 dan berdaftar sebagai pertubuhan yang sah dengan kerajaan negeri Sabah pada tahun 1967.

Gorija Popot 25.7.1959 Photo inanu-no 1979 Ulang toun koduvo nopod

Mandat, Visi & Misi

GEREJA MENGENALI TANGGUNG JAWABNYA UNTUK MENJADI SAKSI KRISTUS DALAM KEHIDUPAN DAN PEKERJAAN SEBAGAI TELADAN BAGI ORANG LAIN.
(Perlembagaan PCS Bab 2, Fasal 3, Ayat 10)

GEREJA MANDIRI & MISSIONAR

  1. Menjadi wahana/alat untuk“mempromosikan” karya Penyelamatan Allah didalam Yesus Kristus (Pengkhabaran Injil) dengan menawarkan jalan keluar dari kebuntuan & halangan teologi, membebaskan masyarakat dari belenggu ideologi, kongkongan dan kepercayaan tahyul dalam apa saja bentuk.
  2. Menjadi wahana/alat bagi orang percaya (Kristian) untuk “mengekspresikan” karya penyelamatan Allah (persekutuan orang-orang percaya) secara terus menerus berdasarkan kasih & hukum yang terutama.
  3. Menjadi “rakan sekerja” Allah dalam melaksanakan kehendakNya untuk menghadirkan “Kerajaan Allah di muka bumi”, dalam komuniti gereja/yang belum percaya.
  4. Menjadi saluran berkat bagi jemaat, sesama komuniti gereja, orang dewasa, kurang upaya, ibu bapa tunggal, anak yatim, wanita, belia, anak-anak dan lingkungan sekitarnya.

Terdapat 321 buah gereja yang membentuk 11 buah parokhi di seluruh Malaysia dengan 60 000 anggota yang sudah dibaptis.

Presiden PCS sehingga kini.

  • 1964-1967 – Rev. T.A. Forschner
  • 1967-1970 – Rev. Otto Dilger
  • 1970-1976 – Patrick Manjil Madalag (Presiden Rungus pertama)
  • 1976-1992 – Rev. Masandu Majupi
  • 1992-2000 – Rev. Hendry Ogodong Dangki
  • 2000-2008 – Rev. Sopirid Masandu
  • 2008– 2012 – Rev. Jimmy Ojlim Assam
  • 2012–2019 – Rev. Jensey Mojuin
  • 2019 – Rev. Justin Sansalu