Sambutan 67 Tahun PCS

Pada 7 Disember 2019, PCS telah melaksanakan Thanksgiving Dinner bertempat di Dewan Terbuka SM Lok Yuk Kudat. Acara tahunan ini sekali lagi telah dilaksanakan dan diketuai oleh EXCO PCS dan AJK yang terlibat disokong lebih daripada 100 orang tetamu yang datang dari jemaat PCS Malaysia, para veteran PCS, jemputan dari SM Lok Yuk dan rakan gereja dari KCC.

Thanksgiving yang juga merangkap Fundraising Dinner ini merupakan satu platform yang membantu PCS bukan hanya dari segi kewangan tetapi membentuk jemaat yang mencintai sejarah dan sentiasa menjadikannya dasar dan pemangkin untuk terus meneruskan pelayan awal PCS sehingga kini.

PCS Pusat dan EXCo mengucapkan tahniah kepada AJK pelaksana yang diketuai oleh Dr. Ronald Batahong dan semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Terima kasih dan Tuhan memberkati.

Leave a Comment

Your email address will not be published.