Pelayanan Kanak-Kanak PCS dibawah pimpinan Ev. Maslinah Maisin sekali lagi menganjurkan sambutan Krismas Kanak-Kanak di peringkat Pusat pada 23 November 2019. Acara ini dilangsungkan di Dewan Majlis Daerah Pitas dan lebih dari 100 kanak-kanak telah hadir bersama ibu bapa dan penjaga.
Antara aktiviti yang sudah berjalan ialah Pertandingan Paduan Suara Kanak-Kanak, Duo Rohani dan Kuiz Alkitab.