Selamat memperingati Hari kenaikan Yesus ke Syurga

Hari ini merupakan tarikh penting gereja kita kerana kita memperingati Hari Kenaikan Tuhan Yesus ke syurga setelah 40 hari dari kebangkitan-Nya dari maut untuk menebus kita dari dosa. Walaupun kita beribadah di rumah kita tetap menjadi umat yang menghargai, mengingati dan menyanjungi kasih Tuhan dan anugerah-Nya sampai pada hari ini.

Pembacaan Firman Tuhan boleh diambil dari Teks: Lukas 24: 50-53. Marilah kita sama-sama beribadah baik di rumah atau tempat kita berkerja hari ini. Tuhan memberkati.