Gereja & pandemic!

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi kita semua. Kita berhadapan dengan hal yang jarang sekali berlaku dan boleh dikatakan kita sangat “bertuah” hidup dalam abad ini kerana kita menjadi saksi dalam perubahan di sekeliling kita dan perubahan corak cara hidup manusia di seluruh dunia.

Pandemic ini mengajar kita erti menghargai. Menghargai hari-hari bersama keluarga dan orang tersayang, menghargai peluang-peluang yang ada untuk mendekat kepada Tuhan dan menghargai komuniti, para pekerja am, ibu-ibu tunggal, keluarga yang tinggal jauh, para petugas-petugas kerajaan dalam sektor keselamatan dan kesihatan dan menghargai masa kita yang ada. Kita juga belajar erti hidup dalam keharmonian dalam keluarga, komuniti dan negara.

Bagi gereja PCS, pandemic ini juga mengajar seberapa mana pengajaran gerejani itu mengukuhkan institusi keluarga. Kalau sebelum ini “santapan iman” disajikan oleh para gembala dalam ibadah minggu, tetapi sejak “kawalan pegerakan” ketua keluargalah yang menjadi pemimpin dan pemandu ibadah setiap minggu dalam rumah. Hal inilah sebenarnya yang menguatkan institusi gereja. Gereja bermula dari kekuatan sebuah keluarga. Keluarga yang kuat menjamin kekuatan gereja atas nilai-nilai Firman yang tertanam dalam hati anak-anak yang melihat bahawa Ibu Bapa mereka bertanggungjawab mengajar dan memimpin mereka mencari kebenaran dalam Firman Tuhan.

Bagi sebahagian orang ini adalah norma baharu tetapi bagai gereja kita bahkan dari sejarah Reformasi ini bukanlah norma baru. Pendidikan keagamaan bermula dari rumah. Pengajaran Katekesasi bermula dari rumah dan ianya terus diperlengkapi sesuai pengajaran Firman Tuhan daalam Ibadah gereja.

Oleh itu dalam keadaan ini marilah kita warga jemaat PCS Malaysia agar sentiasa menghargai masa dan peluang yang kita ada saat ini. Kalau ini peluang untuk bertahan bersama keluarga maka gunakanlah masa ini dan nikmatilah keharmonian keluarga. Kalau masa ini adalah peluang untuk menghormati negara dan undang-undangnya maka lakukanlah itu sepenuh hati kerana kita mengetahui kerajaan atas kekuasaan Tuhan sendiri. Kalau masa inilah yang sesuai untuk kita belajar menghargai setiap lapisan masyrakat majmuk di Malaysia maka teruskanlah menghargai mereka. Kalau inilah masa kita untuk mengukur tingkat kepedulian kita dalam menghargai hari-hari ibadah kita maka marilah kita sama-sama berdoa dan memohon agar Tuhan melindungi kita semua, baik kita yang di rumah dan semua yang bertugas di seluruh Malaysia. Tuhan memberkati kita semua.

#stayathome #gerejakurumahku