Aplikasi

Android

Untuk memudahkan para jemaat dalam persediaan dan penggunaan dalam ibadah sehari-hari Aplikasi Longoi Gereja PCS boleh dimuat turun di Google Playstore secara percuma. Ini merupakan aplikasi rasmi dari PCS Pusat, tetapi ada juga aplikasi yang dibangunkan oleh anggota jemaat kita yang menyumbang ke arah kemudahan ketersampaian pemudah persediaan ibadah dan pelayanan.

Aplikasi ini masih lagi dalam proses penambahbaikan. Namun begitu sudah boleh digunakan. 

Aplikasi ini memuatkan 3 Bahasa iaitu Rungus, Sonsogon dan BM yang masing-masing isi kanungannya merangkumi:

  1. Lirik Lagu & Music (masih dalam proses rakaman)
  2. Hoturan Sumambayang / Liturgi
  3. Alkitab
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.pcs.longoipcs

IOS

Kami juga sedang dalam upaya membangu naplikasi dalam bentuk IOS, pelayanan ini sudah bermula sejak Ogos 2018 dan akan dijangka siap pada tahun 2019.

Antara cabaran yang dihadapi oleh team:

  1. Tidak mempunyai device yang berkaitan ios
  2. Kekangan dana yuran Appstore

Namun begitu kekangan ini sudah pun diselesaikan dengan bantuan pihak-pihak yang prihatin iaitu jemaat kita sendiri. Team mengucapkan ribuan terima kasih dan Tuhan Yesus memberkati.

Gambar di atas merupakan interface dari aplikasi bagi pengguna ios. 



Team pelayanan ini berkerja secara sukarela dan tidak mendapat faedah dari iklan/ads Google dan sebagainya. Bermaksud semuanya diberikan secara percuma. Dengan rendah hati kami juga menjemput semua warga jemaat yang sama-sama merasa berkat ini untuk menyumbang kearah kebaikan semua pihak. Berilah masa, tenaga, idea dan sumbangan anda kepada pelayanan gereja setempat anda. Dengan Percuma kami memberi maka berilah dengan percuma buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *