Kad Keanggotaan PCS

Sudahkah anda membuat Kad Keanggotaan PCS? Kad ini bertujuan untuk mengemaskini data jemaat dan merupakan pengenalan diri kedua setelah Kad Pengenalan dan dokumen rasmi lain yang anda miliki.

Faedah memiliki kad ini:

  1. Memudahkan sistem pendaftaran mengambil Sijil Baptisan, Perkahwinan dan sebagainya.
  2. Memudahkan urusan anda di Ibu Pejabat dan stesen-stesen Parokhi yang akan di naik taraf dimasa akan datang.
  3. Membantu susun atur sistem jemaat dan data yang tersusun dan boleh di telusuri untuk kegunaan-kegunaan rasmi gereja.
  4. Memudahkan sebarang urusan kecemasan di luar atau didalam kawasan parokhi anda.

Siapakah yang harus mendaftar?

  1. Anggota Jemaat PCS yang bergereja di PCS dan memang sah sebagai anggota.
  2. Kanak-kanak dariumur sebulan sehingga orang dewasa.

Sekiranya belum mengisi borang secara ODK atau borang fisikal, silalh hubungi Pengerusi gereja anda untuk urusan pendaftaran. Terima kasih dan terus menyokong pelayanan yang akan membawa kemudahan buat semua suatu hari nanti.

Contoh Kad Keanggotaan bersama nombor siri yang mengandungi data-data yang diperlukan dalam pelayanan PCS.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *