Visi gereja

Gereja Yang Dewasa & Missioner

“Bukan ada peluang atau tidak! Tetapi Injil harus dikhabarkan! Itulah panggilan saya”
Honegger, Heinrich

Pada tahun 1950 missionari yang menetap di Cina dihalau keluar oleh kerajaan People’ Republic of China. Seorang pastor dari Basel Mission yang bernama Pastor Hanz Bienz berpindah dari Cina ke Sabah. Basel Mission berfikir bahawa di Sabah pasti ada pelayanan untuk beliau terutama kumpulan Kristian Hakka yang sudah mendirikan gereja yang mereka sebut sebagai Basel Fui.

Pastor Hanz Bienz diarahkan oleh Basel Mission untuk menetap di Kudat iaitu di stesen pertama yang dibina oleh Pastor Schuele. Bangunan ini steleh ditinggalkan oleh Pastor Schuele telah diambil alih oleh tentera Jepun dan dijadikan markas hospital tentera dan komuniti Hakka dan komuniti cina yang lain sangat khuatir untuk menetap di kawasan yang mempunyai sejarah hitam berdarah terutamanya pada waktu perang terdapat banyak askar Jepun yang mati di bangunan tersebut.

Pastor Hanz Bienz bersama keluarganya tanpa mengira keadaan lalu dia menetap di bangunan ini dan memulakan pelayanannya dengan melawat komuniti-komuniti Kristian sekitar Kudat seperti di Pinangsoo, Bakbak, Tamalang dan ke Bandau dan Pitas.

Dalam perjalanan beliau melawat komuniti Kristian Hakka Basel Fui dia sudah pasti akan terserampak dengan orang-orang asli di tanah utara Sabah terutamanya orang-orang Momogun. Kerana orang-orang ini sangat terbelakang dari segi akademik ataupun pengetahuan am mereka menjadi pekerja ladang kepunyaan komuniti Hakka atau Hokien di kawasan daerah Kudat. Mereka berkerja membersihkan ladang pokok kelapa dan pokok getah dan menerima upah dari majikan berbangsa Cina.

Ada seorang Kristian Hakka yang telah berusaha mencari jalan untuk memberitakan Injil kepada masyarakat Momogun. Beliau ialah Cikgu Tong mengajar di sekolah Cina dan menetap di Tamalang dan isterinya adalah orang Momogun.

Pada suatu hari Pastor Hanz Bienz mendengar perkataan dari District Officer Kudat yang menyebut “the people has no value; berilah 10-20 tahun lagi bangsi ini akan pupus”. Seakan-akan beliau mengatakan bahawa bangsa momogun tidak akan ada peluang belajar dan berubah dan berkerja untuk membangun, Tidak ada harapan dan peluang di masa depan!.

Sedikit video untuk menerangkan siapa itu PCS

Review Your Cart
0
Add Coupon Code
Subtotal