Misi38 Kebersamaan dalam Keterusan Pelayanan Gereja

apa itu

Misi38

Misi 38 adalah satu inisiatif anggota gereja untuk menampung keperluan dana pelayanan gereja di peringkat pusat. Ianya lahir daripada ilham dan kesepakatan pemimpin-pemimpin parokhi pada perjumpaan bersama pada tahun 2024.

Misi 38 telah di bentangkan dan juga diterima oleh perwakilan Sinode ke 40 pada 1-3 November 2024 dan secara rasminya telah dilancarkan di peringkat Pusat oleh Bishop pada Krismas Staf PCS 14 December 2024

Pendekatan Yang Holistik

Misi 38 ialah pendekatan yang holistik sebagai sebuah gereja. Sama seperti pada awal persekutuan dan perkumpulan Kristian sejak zaman Perjanjian Baru.

Belajar Untuk Membangun Bersama

Misi 38 mengetengahkan sebuah sarana yang baik untuk kita dapat bersatu. Walaupun dalam keadaan serba kekuarangan namun saat jemaat bersatu untuk memberikan sedikit demi sedikit maka pelayanan gereja menerima manfaat dari kebersamaan kita.

Membentuk Masa Depan

Program ini tidak hanya bermanfaat bagi kita sekarang, tetapi membantu peneraju gereja PCS masa hadapan untuk memahami erti kebersamaan dalam menyokong pelayanan gereja tidak hanya rohani, fizikal dan emosi, juga sokongan sumber dana.

Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada misi38?

Langkah-langkah untuk komitmen misi38

Langkah 1

Pendaftaran Online

Anda perlu mendaftar secara online terlebih dahulu dan wajib sebelum melakukan sebarang transaksi. Bagi yang sudah mendaftar boleh terus ke login sebelum membuat transaksi.

Pendaftaran ini boleh dibuat oleh;

Langkah 2 (PILIHAN RAMAI)

Pilihan Misi38

Terdapat hanya 2 pilihan dalam Misi38. Anda atau kumpulan / jemaat anda boleh memilih salah 1 daripada 2 pilihan berikut;

Langkah 3

Semak Komitmen

Setelah anda mengikuti langkah 1-2 dan sudah membuat transaksi, anda boleh semak perjalanan koitmen anda melalui pautan di bawah;

penerangan pilihan misi38

Pilihan Misi38

Pilihan 1

Autodebit Setiap Bulan

BAYARAN MISI38 AUTODEBIT MENGGUNAKAN KAD DEBIT ANDA TELAH DIHENTIKAN KERANA KOS PENGURUSAN BANK YANG TIDAK RELEVAN DENGAN VISI MISI38. SILA PILIH PILIHAN 2

Pilihan 2 (PILIHAN RAMAI)

Manual Transfer / QR / Bank in

Komitmen Misi38 untuk seorang bagi sebulan dengan kaedah manual transfer / bank in / QR code.

WAJIB menghantar resit ke nombor yang tertera di bawah dan menggunakan Bank seperti di bawah;

Gunakan QR di bawah untuk transfer secara manual melalui bank pilihan anda.

Pilihan 3

Manual Transfer / QR / Bank In Kumpulan

Misi38 Manual Transfer Berkumpulan (Kumpulan / Persekutuan / Jemaat). Anda boleh memilih 4 orang / 8 orang dan 12 orang untuk satu kumpulan. Bagi kumpulan yang lebih daripada nilai 4 (5), 8 (9) atau lebih dari 12. Pilih kaedah nilai sukarela.

WAJIB menghantar resit ke nombor yang tertera di bawah dan menggunakan Bank seperti di bawah;

Gunakan QR di bawah untuk transfer secara manual melalui bank pilihan anda.

Review Your Cart
0
Add Coupon Code
Subtotal