Sejarah

Bermulanya Gereja PCS dapat di selusuri dari pelayanan missionary dari Germany dan Switzerland pada awal abad ke-20. Tetapi PCS sendiri ditubuhkan pada tahun 1952 apabila Basel Mission memulakan pelayanan mereka ditengah bangsa Rungus. 

Pada tahun 1965 permulaan membentuk perlembagaan untuk institusi gereja telah berlangsung dan mendapat persetujuan dari Basel Mission dan Kerajaan Malaysia pada 1967. Setelah kesemua missionari dari negara luar dihantar pulang ke negara masing-masing oleh kerajaan, BCCM menjadi pembantu utama pertumbuhan pelayanan gereja dan akhirnya mempunyai hubungan dengan gereja-gereja yang lain di Malaysia.

SINODE PERTAMA PCS 20 April 1966 di perkarangan gereja BCCM KUDAT (Gambar oleh Rev. T.A Forschner)

Setelah pelayanan PCS berkembang di Utara Sabah sejak 1996 kini PCS telah membangun jemaat di Sarawak, Semenanjung Malaysia dan mempunyai kerjasama yang erat dengan rakan-rakan gereja dari Singapore, Kalimantan dan Indonesia.

Kini PCS terdiri daripada beberapa bangsa dan sukukaum dari utara negeri Sabah yang mencecah 70 000 orang jemaat dalam 11 buah parokhi.

PCS juga menjadi salah satu daripada 4 gagasan Lutheran di Malaysia. Oleh itu gereja ini berpegang pada Kitab Suci – Perjanjian Lama dan Perjanjian baru sebagai dasar iman, Pengakuan Iman Rasuli sebagai panduan iman dan sangat berpegang kepada prinsip menjadi sebuah gereja yang Mandiri dan Missionar dalam mengkhabarkanInjil dan keselamatan melalui Yesus Kristus.

KK Tuorong dan isteri beliau Setia merupakan Rungus pertama yang memeluk agama Kristian dan menerima kemasukan missionari di kampung mereka. (Gambar ini diambil oleh Rev. T.A Forschner pada tahun 1978)

Versi Penuh Sejarah PCS boleh dibaca juga dalam bahasa Rungus melalui: http://www.ebfo.de/rungus/Usuran_do_Gorija_Sompomogunan_om_Usuran_do_Gorija_2009_A4.pdf

Versi Bahasa English: http://www.ebfo.de/rungus/History_of_the_Protestant_Church_in_Sabah.pdf

KEPIMPINAN

Tampuk kepimpinan PCS telah disusun sejak 1965, Ketua Gereja sebagai ketua Executive dikenali sebagai President. President dari 2012 dan akan menamatkan penggal presidennya pada 2021 ialah Rev. Jensey Mojuin yang juga Presiden PCS yang ke-8. Berikut merupakan senarai Presiden yang lalu: 

  • 1964-1967 – Rev. T.A. Forschner
  • 1967-1070 – Rev. Otto Dilger
  • 1970-1976 – Patrick Manjil Madalag
  • 1976-1992 – Rev. Masandu Majupi
  • 1992-2000 – Rev. Hendry Ogodong Dangki
  • 2000-2008 – Rev. Sopirid Masandu
  • 2008-2012 – Rev. Jimmy Ojlim Assam
  • 2012-kini –  Rev. Jensey Mojuin
Presiden PCS Rungus yang Pertama – Patrick Manjil Madalag (Gambar ini diambil oleh  Rev. T.A Forschner pada tahun 1974)

PELAYANAN

PCS mencecah lebih daripada 60000 orang anggota. Kini gereja ini mempunyai 341 buah Gereja di seluruh Malaysia, sebuah seminari teologi yang dikenali sebagai Luther Seminary yang akan mula menawarkan pengajian dalam Diploma pada tahun 2019, dan mempunyai 3 buah sekolah rendah iaitu SRK Tinangol, SRK Lodung dan SRK Lajong serta pelayanan Tadika, Pelayanan Kanak-Kanak (PKK), Persekutuan Wanita dan Persekutuan Belia Pusat.


Gambar sebuah “SULAP” tempat menyimpan hasil tanaman pertanian iaitu Padi menjadi simbo utama bagi logo PCS. (Gambar ini diambil oleh  Rev. T.A Forschner)

Jumlah keseluruhan pekerja buat masa ini (2018) ialah seramai 121 orang. 

HUBUNGAN LUAR

PCS mempunyai hubungan luar dan menjadi ahli bagi beberapa buah gagasan gereja termasuklah:

  1. Council of Churches of Malaysia
  2. Christian Federation of Malaysia
  3. Christian Federation of Asia
  4. World Council of Churches
  5. Federation of Evangelical Lutheran Churches in Malaysia and Singapore
  6. Basel Christian Church of Malaysia
  7. Lutheran Church in Malaysia
  8. Evangelical Lutheran Church in Malaysia
  9. Lutheran Church in Singapore
  10. Lutheran World Federation
  11. Asia Lutheran Communion